Friday, 12 December 2014

Tempat berteduh

Ada maksud yang tersirat dalam lagu nie. Makna dia mendalam sangat. Bukan ayat cinta tapi menyeluruh. Setiap yang kita lakukan mesti ada pengorbanan. Antara kemahuan dan kehendak. Kita kena pilih. Lebih kurang macam tue la.


Kerana cinta..
Aku kembara..
Bagai camar melintas laut..
Mencari pohon untuk berteduh..
Kerana cinta..
Aku kembara..
Ikut lagu..
Bisikan hati..
Mendamba kasih paling setia..
Sepasang sayap tak terlihat..
Umpama mimpi yang tersimpan..
Jadi rintik..
Rintik hujan..
Menciptakan awan yang terpilu..

Wednesday, 12 November 2014

Hantarkan malaikat

Andai kita sayang seseorang tak semestinya kekasih. .ibu bapa kita ke..adik beradik ke..Kawan2 ke..
kita ada lagi atau kita dah tak ada..kita mesti nak orang yang kita sayang tue Selamat dan dijaga..

hantar la Malaikat untuk menjaganya..


Tuhanku Kamu tolonglah hantarkan kepadanya..Malaikat untuk jaganya bila ku tiada..Tunaikan semua permintaannya kerna Ku cintanya sungguh-sungguh..
Pagi petang berlumba..
Terkejar-kejar masa..
Cuba bina istana untuk hidup bersama..
Berkelip-kelip mata paksa diri bekerja..
Tapi lebih ku rela lihat senyumanmu..
Ini sahaja ku mampu demi menjaga kamu..
Ku tambahkan satu doa untuk kamu..
Tuhanku Kamu tolonglah hantarkan kepadanya..
Malaikat untuk jaganya bila ku tiada..
Tunaikan semua permintaannya kerna
Ku cintanya sungguh-sungguh..
Benar ku menyedari kini ku menghadapi
Segala yang ditakdirkan untuk hidupku..
Maafkanlah diriku kerna melukakanmu..
Terpaksa ku melangkah pergi
Meninggalkan kamu..
Ini sahaja waktuku di dunia menjagamu..
Ku tambahkan satu doa untuk kamu..
Tuhanku Kamu tolonglah hantarkan kepadanya..
Malaikat untuk jaganya bila ku tiada..
Tunaikan semua permintaannya kerna
Ku cintanya sungguh-sungguh..
Sampaikanlah rinduku padanya..
Agar dia sentiasa sempurna..
Bawalah cinta kita
Terbang bersama ke syurga..
Tuhanku Kamu tolonglah hantarkan kepadanya..
Malaikat untuk jaganya bila ku tiada..
Tunaikan semua permintaannya kerna
Ku cintanya sungguh-sungguh..

Wednesday, 22 October 2014

Kehilangan

Suka lagu nie..ayat nie..tapi jiwang skit la ye..

Ku cuba ungkap tabir ini. .Kisah antara kau dan aku..Terpisahkan oleh ruang dan waktu..Menyudutkanmu meninggalkanku..
Ku merasa tlah kehilangan..Cintamu yang tlah lama hilang..Kau pergi jauh kerana salahku..Yang tak pernah menganggap kamu ada..
Asmara memisahkan kita..Mengingatkanku pada dirimu..Gelora mengingatkanku..Bahawa cintamu tlah merasuk jantungku. .
Sejujurnya ku tak bisa..Hidup tanpa ada kamu aku gila..Seandainya kamu bisa..Mengulang kembali lagi cinta kita..
Takkan ku sia-siakan kamu lagi...

Thursday, 7 August 2014

Aku mencintai mu

Bahasa Melayu yang jiwang. .haha

Aku masih mampu meneruskan hidupku
Hanya karena janjimu
Yang tulus mencintaiku
Aku mencintaimu
Aku menyayangimu
Akukan setia selalu selamanya
Percayalah percayalah
Walau di mana dirimu
Hatiku hanya untukmu
Percayalah percayalah
Sejauh mana dirimu
Ku ingin kau tahu
You always in my heart
Aku takkan sanggup
Bila tak bersamamu
Kerna ku yakin dirimu
Tercipta hanya untukku
Aku mencintaimu
Aku menyayangimu
Akukan setia selalu selamanya

Wednesday, 2 July 2014

Petua hilangkan jerawat

Petua hilangkan jerawat

Rawatan semulajadi

Bahan2
Suku ulas bawang putih
Sepotong kecil lobak merah
Telur putih
Sesuai kecil madu

Mula2 pukul putih telur sampai berbuih.
Kemudian tumbukkan bawang dan lobak merah dan campurkan pada putih telur tadi. Kacaukan.
Last masukkan sesuai madu tadi.
Ok dah siap.
cara gunakan, sapu pada seluruh muka. Boleh amalkan pada setiap malam.
Tak percaya?
boleh cuba sendiri di rumah. Kena rajin la.
kalau malas. Semua benda pun takkan jadi.

Wednesday, 25 June 2014

Sayangi keluarga kita

Sayangi Keluarga, Disitulah Bahagia

Semua disini termasuk saya sedang menjadi saksi bisu kepada sebuah kebejatan sosial dan moral manusia yang mendiami negeri malaysia ini.Disaat kita tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk merubah, disaat hati merintih dan menangis melihat seorang demi seorang dari kalangan kita menawarkan diri untuk menjadi sebahagian dari kebejatan itu, disaat segala macam mungkar berserabut bersama ma'ruf dan apabila tidak diendahkan lagi soal agama dan adat budaya, disaat itu kita hanya mampu bersikap kesal dan berharap akan ada perubahan dimasa akan datang.

Dimanakah silap kita?

Satu persoalan yang wajib difikirkan dan diterjemahkan ke dalam tindakan susulan.Sistem pendidikan kita lemah.Sistem kekeluargaan kita lemah.Tarbiah dari ibubapa tidak mencengkam jiwa remaja dan gagal melahirkan remaja yang memahami erti hidupnya didunia.Apabila menjadi remaja, mereka mencari diri sendiri.Sedangkan hidup bukan untuk mencari diri sendiri.Hidup ini untuk mencipta diri sendiri.Mencipta diri untuk menjadi mukmin atau menjadi manusia tampa bimbingan wahyu.

Apabila hidup difahami untuk mencari diri sendiri, akankah kita temui diri kita yang mukmin?Pastinya kita menemui diri kita yang gagal memahami erti hidup, diri yang tidak tenang kerana terpinga-pinga mencari tujuan hidup, lantas mengambil jalan mudah dengan terjebak kedalam sistem kebejatan yang sudah tercipta.Inilah yang sedang dihadapi oleh kebanyakan remaja, samada pelajar mahupun remaja rempit.

Remaja yang keliru, akan melalui detik-detik sukar ketika remajanya.Mereka akan mengalami kekosongan jiwa, tidak menemui destinasi hidup yang tetap lantas memperkosa agamanya untuk mengisi kekosongan tadi.Bilangan anak luar nikah yang direkodkan pada 2003 melebihi angka 70000 orang.Peningkatan kes jenayah seperti curi, samun, rompak, rogol, dadah, dan sebagainya meningkat dari tahun ke tahun.Saban hari ada sahaja berita orang dibunuh, dirogol, dicabul, dan diperkosa.Kes pelajar sekolah yang mengandung turut menjadi topik yang tidak harus dilupakan.

Mengapa jiwa mereka kosong?Tidak tenang?Mereka mencari bahagia,namun mereka tidak menemuinya.Inilah kesilapan kita kerana gagal memahami remaja.Dimana slogan "sayangi keluarga"?Tidak sedikit bilangan remaja yang memusuhi keluarga apabila semakin remaja.Kebanyakan kes juvana yang melibatkan remaja datang dari remaja yang bermasalah dengan keluarga.Semakin membesar, mengapa keluarga menjadi musuh?Adakah ini silap "orang-orang besar" atau adakah kurangnya didikan dan tarbiyah yang diberikan kepada remaja terbabit?

Peningkatan kes zina semakin menjadi-jadi.Ia merebak hingga kepada pelajar-pelajar sekolah berumur belasan tahun.Itu belum saya sentuh tentang apa yang couple buat ketika berdua-duaan.Istilah "ringan-ringan" begitu begitu biasa bagi mereka yang menyertai kebejatan ini.Jika teman sekatil saya berani bercerita tentang perlakuan ringan-ringan yang dilakukan bersama teman wanitanya5 tahun dahulu , saya tidak tahu apakah situasi sekarang.Lalu saya tidak pelik jika negara ini dibanjiri dengan anak luar nikah.Anak-anak ini akan besar lalu menjadi masyarakat.Iman tidak diwarisi, begitulah juga dosa tidak boleh diwarisi.Namun dalam saya meramal wajah negara ini untuk 50 tahun akan datang, saya sempat berpaling kepada generasi muda yang ada sekarang.

Dimana bahagia?Mungkin pada keluarga.Kerana itu islam menggalakkan mendirikan rumahtangga.Disaat saya menulis "Kearah Cinta Terdidik dan Berprinsip"saya diserang perasaan takut.Saya takut kalau-kalau tulisan saya menjadi sandaran untuk menghalalkan couple yang tidak berprinsip dan menyalahi ajaran islam.Lalu saham daripada dosa itu terpaksa juga saya tanggung.

Kawinlah!

Jika bahagia itu pada keluarga, kawinlah.Kita selama ini terikat pada tembok mentaliti yang terlalu sempit dan merimaskan.Susahkah kawin semasa belajar?Jika ingin menumpukan pada pelajaran itu menjadi sebab, bagaimana pula dengan si suami yang menumpukan pada kerja?Jika anak menjadi sebab, bagaimana pula dengan suami dan isteri yang bekerja?Tidakkah masyarakat kita dipenuhi dengan pasangan-pasangan yang mempunyai banyak komitmen lain selain dari keluarga?Tidak pun ia menjadi penghalang kepada rumahtangga.Namun apabila berbicara soal berkawin semasa belajar, kita membataskan anak-anak remaja kita dengan alasan-alasan sempit sebegitu.Apabila berlaku zina, siapakah yang bersalah?

Namun,bagaimana harus kita memahamkan ibubapa yang sudah bermentaliti begitu.Saya faham,restu keluarga itu juga yang terpenting.Kerana itu kita sedar bahawa kita dilahirkan dalam suasana yang terlalu berkehendakkan kepada perubahan.Mengapa memilih untuk menjadi diri sendiri yang ada sekarang jika kita mampu mencipta diri yang lebih baik?