Tuesday, 16 June 2015

Jatuh

Saat aku jatuh..aku belajar bangkit semula.. Saat aku lakukan kesilapan..aku belajar dari kesilapan tue..agar ia tak terulang lagi.. Saat aku terluka..aku belajar untuk redha..walau aku menangis.. Aku bukan sempurna tapi aku bersyukur apapun rezeki yang datang..apapun dugaan yang datang..Kerana ia ketentuan Allah.. Menangis air mata darah pun takde gunanya..sebab Allah dah tulis semuanya.. Nak menyesal? dah terlambat..sebab tue jalan yang kau pilih sendiri.. Bertabahlah wahai hati..

Wednesday, 10 June 2015

Hidup kita

Hidup Kita.

Bila yang manis jadi tawar.
Bila yang cantik jadi hodoh.
Bila yang kaya jadi miskin.
Bila yang besar jadi kecil.
Bila yang kempis jadi buncit.
Bila yang gembira jadi duka.

Hidup kita.

Tak mustahil sesuatu yang baik itu bertukar menjadi yang paling buruk.
Kerana manusia tidak pernah cuba kekalkan apa yang mereka ada.
Tetapi lebih suka selesa dengan yang ada tanpa usaha.

Kita lebih suka menyalahkan orang lain dari mengkaji punca kejadian.
Setiap yang jadi mesti ada punca dan sebab kenapa ia berlarutan.

Carilah.
Bincanglah.

Kerana peluang tak selalu datang.

Monday, 8 June 2015

Mimpi dan kita

Setiap hari yang datang,
Tak ada beza dengan semalam.

Makin sayang.
Makin di erat genggam.
Dua hati antara kita, cinta paling dalam.

Cinta beberapa bulan
Yang kita tatang bagaikan tak mahu pulang.
Pulang dari mimpi.
Pulang ke realiti.
Tapi tetap tak beralih hati.
Buat dungu apa nak jadi.

Perasaan kita pelik.
Saja cari pasal padahal hati celik.

Seperti selalu,
Doa dari si pemimpi untuk yang di impi,
Semoga berbahagia nanti.
Kita cuma bertemu setakat ini.

Berpisahnya nanti,
Dengan harapan, akan lebih bahagia dengan pilihan.
Pilihan dan ketentuan.
Yang tak ada kudrat siapa pun nak lawan.

Kita mungkin rasa, kita adalah dua hati yang Tuhan cipta.
Tapi Tuhan kata, ada yang lebih baik menanti kita.
Percaya Tuhan, bukan hati dan perasaan.
Cuba kita pasak, bercinta tak semestinya bersama.
Berpisah tak semestinya dah tak jumpa.

Berbahagia di alam realiti.
Daripada terus bermimpi.
Sebab mimpi, perkara yang paling, paling tak pasti.

Belajar terima

Orang kata, benci boleh buat kita lupa orang yang kita sayang.
Boleh buat kita lupa kenangan silam.
Boleh buat kita hapuskan rindu dendam.
Boleh buat kita cepat terus pandang ke depan.

Dengan benci.
Benci orang yang pernah kita sayang.

Formula itu mungkin betul.
Sekejap.

Aku tak pilih benci untuk lupakan orang yang aku pernah sayang.
Bukan lupa, tapi meneruskan hidup tanpa dia.
Tanpa rutin yang selalu.
Tanpa jumpa yang selalu.
Tanpa call dan texting yang selalu.

Tapi aku pilih menerima.
Terima yang aku dengan dia dah tak sama.
Terima yang dia bukan aku punya.
Terima yang kita bukan untuk kita.

Walau merangkak sekali pun,
Buatlah apa yang hati terdaya.
Tabahkan hati, mata dan telinga.
Kalau ini yang Tuhan nak duga.

Belajar terima.
Terima ini bahagian kau.

Kalau orang yang kau pernah sayang happy, apa yang kau nak tengok lagi?
Happykanlah untuk dia sekali.
Percaya, kau pun akan happy juga nanti.
Mungkin lebih happy lagi.

Hidup ini pernah adil.
Cuma kita manusia yang selalu degil.

Hati

Hati Yang Menumpang.

Dia hanya cuba.

Dan kau bagi dia ruang untuk leka.

Jatuh cinta.


Bila dua-dua saling punya rasa sama,

Rasa ingin jadi lebih sempurna,

Rasa ingin bersama sampai bila-bila,

Jangan kau cuma pandai berkata-kata.


Sebab dia belum dapat kau sepenuhnya.

Dia cuma tumpang sedikit ruang yang kau bagikan padanya.


Walaupun ruang itu sedikit dan sempit,

Tapi gembira dan bahagianya bagaikan menang jutaan ringgit.

Dia tau dia menumpang hati.

Itu pun sebab kau yang bagi.

Sanggupnya dia tunggu, sebab kau yang mahu begitu.

Sanggupnya dia beralah, sebab kau yang menyakinkan.

Sanggupnya dia berkongsi, sebab kau yang tak kasi pergi.


Kalau dah tak larat, pintu untuk kau keluar dibuka bila-bila.

Pergilah kalau kau rasa semua ini sia-sia.

Tunggulah kalau kau rasa semua ini worth it untuk kau dan dia.

Sebab yang rasa suka duka cuma kau berdua.


Apa yang kau rasa terbaik untuk kau dan kehidupan seterusnya,

Mungkin memang itu yang sudah Tuhan rancang dari mula.