Monday, 8 June 2015

Mimpi dan kita

Setiap hari yang datang,
Tak ada beza dengan semalam.

Makin sayang.
Makin di erat genggam.
Dua hati antara kita, cinta paling dalam.

Cinta beberapa bulan
Yang kita tatang bagaikan tak mahu pulang.
Pulang dari mimpi.
Pulang ke realiti.
Tapi tetap tak beralih hati.
Buat dungu apa nak jadi.

Perasaan kita pelik.
Saja cari pasal padahal hati celik.

Seperti selalu,
Doa dari si pemimpi untuk yang di impi,
Semoga berbahagia nanti.
Kita cuma bertemu setakat ini.

Berpisahnya nanti,
Dengan harapan, akan lebih bahagia dengan pilihan.
Pilihan dan ketentuan.
Yang tak ada kudrat siapa pun nak lawan.

Kita mungkin rasa, kita adalah dua hati yang Tuhan cipta.
Tapi Tuhan kata, ada yang lebih baik menanti kita.
Percaya Tuhan, bukan hati dan perasaan.
Cuba kita pasak, bercinta tak semestinya bersama.
Berpisah tak semestinya dah tak jumpa.

Berbahagia di alam realiti.
Daripada terus bermimpi.
Sebab mimpi, perkara yang paling, paling tak pasti.

No comments:

Post a Comment