Nobody is perfect. .I am Nobody
Tuesday, 16 June 2015
Jatuh
Saat aku jatuh..aku belajar bangkit semula..
Saat aku lakukan kesilapan..aku belajar dari
kesilapan tue..agar ia tak terulang lagi..
Saat aku terluka..aku belajar untuk redha..walau aku menangis..
Aku bukan sempurna tapi aku bersyukur apapun rezeki yang datang..apapun dugaan yang datang..Kerana ia ketentuan Allah..
Menangis air mata darah pun takde gunanya..sebab Allah dah tulis semuanya..
Nak menyesal? dah terlambat..sebab tue jalan yang kau pilih sendiri..
Bertabahlah wahai hati..
Wednesday, 10 June 2015
Hidup kita
Hidup Kita.
Bila yang manis jadi tawar.
Bila yang cantik jadi hodoh.
Bila yang kaya jadi miskin.
Bila yang besar jadi kecil.
Bila yang kempis jadi buncit.
Bila yang gembira jadi duka.
Hidup kita.
Tak mustahil sesuatu yang baik itu bertukar menjadi yang paling buruk.
Kerana manusia tidak pernah cuba kekalkan apa yang mereka ada.
Tetapi lebih suka selesa dengan yang ada tanpa usaha.
Kita lebih suka menyalahkan orang lain dari mengkaji punca kejadian.
Setiap yang jadi mesti ada punca dan sebab kenapa ia berlarutan.
Carilah.
Bincanglah.
Kerana peluang tak selalu datang.

Monday, 8 June 2015
Mimpi dan kita
Setiap hari yang datang,
Tak ada beza dengan semalam.
Makin sayang.
Makin di erat genggam.
Dua hati antara kita, cinta paling dalam.
Cinta beberapa bulan
Yang kita tatang bagaikan tak mahu pulang.
Pulang dari mimpi.
Pulang ke realiti.
Tapi tetap tak beralih hati.
Buat dungu apa nak jadi.
Perasaan kita pelik.
Saja cari pasal padahal hati celik.
Seperti selalu,
Doa dari si pemimpi untuk yang di impi,
Semoga berbahagia nanti.
Kita cuma bertemu setakat ini.
Berpisahnya nanti,
Dengan harapan, akan lebih bahagia dengan pilihan.
Pilihan dan ketentuan.
Yang tak ada kudrat siapa pun nak lawan.
Kita mungkin rasa, kita adalah dua hati yang Tuhan cipta.
Tapi Tuhan kata, ada yang lebih baik menanti kita.
Percaya Tuhan, bukan hati dan perasaan.
Cuba kita pasak, bercinta tak semestinya bersama.
Berpisah tak semestinya dah tak jumpa.
Berbahagia di alam realiti.
Daripada terus bermimpi.
Sebab mimpi, perkara yang paling, paling tak pasti.

Belajar terima
Orang kata, benci boleh buat kita lupa orang yang kita sayang.
Boleh buat kita lupa kenangan silam.
Boleh buat kita hapuskan rindu dendam.
Boleh buat kita cepat terus pandang ke depan.
Dengan benci.
Benci orang yang pernah kita sayang.
Formula itu mungkin betul.
Sekejap.
Aku tak pilih benci untuk lupakan orang yang aku pernah sayang.
Bukan lupa, tapi meneruskan hidup tanpa dia.
Tanpa rutin yang selalu.
Tanpa jumpa yang selalu.
Tanpa call dan texting yang selalu.
Tapi aku pilih menerima.
Terima yang aku dengan dia dah tak sama.
Terima yang dia bukan aku punya.
Terima yang kita bukan untuk kita.
Walau merangkak sekali pun,
Buatlah apa yang hati terdaya.
Tabahkan hati, mata dan telinga.
Kalau ini yang Tuhan nak duga.
Belajar terima.
Terima ini bahagian kau.
Kalau orang yang kau pernah sayang happy, apa yang kau nak tengok lagi?
Happykanlah untuk dia sekali.
Percaya, kau pun akan happy juga nanti.
Mungkin lebih happy lagi.
Hidup ini pernah adil.
Cuma kita manusia yang selalu degil.

Hati
Hati Yang Menumpang.
Dia hanya cuba.
Dan kau bagi dia ruang untuk leka.
Jatuh cinta.
Bila dua-dua saling punya rasa sama,
Rasa ingin jadi lebih sempurna,
Rasa ingin bersama sampai bila-bila,
Jangan kau cuma pandai berkata-kata.
Sebab dia belum dapat kau sepenuhnya.
Dia cuma tumpang sedikit ruang yang kau bagikan padanya.
Walaupun ruang itu sedikit dan sempit,
Tapi gembira dan bahagianya bagaikan menang jutaan ringgit.
Dia tau dia menumpang hati.
Itu pun sebab kau yang bagi.
Sanggupnya dia tunggu, sebab kau yang mahu begitu.
Sanggupnya dia beralah, sebab kau yang menyakinkan.
Sanggupnya dia berkongsi, sebab kau yang tak kasi pergi.
Kalau dah tak larat, pintu untuk kau keluar dibuka bila-bila.
Pergilah kalau kau rasa semua ini sia-sia.
Tunggulah kalau kau rasa semua ini worth it untuk kau dan dia.
Sebab yang rasa suka duka cuma kau berdua.
Apa yang kau rasa terbaik untuk kau dan kehidupan seterusnya,
Mungkin memang itu yang sudah Tuhan rancang dari mula.

Saturday, 14 March 2015
Jiwa terasa kosong...?
“… Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan.” – (Surah Ali-Imran : 148)
Duhai insan,
Jiwamu terasa kosong?
Perlu peneman,
Kekasih hati yang prihatin,
Pengisi jiwa ragamu itu.
Tapi tahukah kamu,
Cinta yang kamu dambakan itu menyakitkan.
Sering pula ia mengecewakan,
Selagi dia belum halal untukmu,
Selagi itu ia menyeksakan jiwamu.
Kamu dan dia belum ada ikatan,
Itu hakikat!
Meletakkan harapan…
Hanya bakal mengundang kekecewaan demi kekecewaan,
Kerana semuanya, masih tiada kepastian.
Hatimu kosong?
Isikanlah hatimu itu,
Jangan biar kekosongan menyelubung dirimu,
Berimanlah.
Yakinilah.
Bahawa Dia itu sentiasa dekat,
Amat-amat dekat,
Amat amat amat dekat.
Dia tahu kamu sedang berduka,
Dia Maha Tahu betapa berat ujian yang menimpa,
Dia mendengar segala rintih jiwamu itu,
Dirimu itu milik-Nya,
Dan pada-Nya jua ada pengubat jiwamu yang lara.
Isi hatimu…
Dengan cinta-Nya,
Syukurmu atas nikmat-nikmat yang kamu peroleh tidak terhitung jumlahnya.
Pengharapan yang kamu gantung hanya pada-Nya.
Sungguh,
Ia dapat menenangkan jiwa,
Setenang-tenangnya.
Bertawakkallah kepada-Nya
Yakinlah,
Dia punyai aturan untukmu,
Dan pastinya ia yang terbaik!
Sedang manusia itu hanya mampu bersangka-sangka…
Duhai insan,
Isi hati kecilmu itu…
Kerana sesungguhnya Dia sentiasa ada…!

Manusia mudah lupa Part2
MANUSIA MUDAH LUPA
Manusia mudah lupa? Manusia lupa pada apa? Lupa pada asal-usulnya? Lupa Penciptanya? Lupa betapa kecilnya dia? Tak sedar ke betapa kecilnya kita sebagai manusia? Kebelakangan ini aku banyak berfikir. Berfikir tentang kehidupan. Berfikir tentang gelagat-gelagat dan juga perangai manusia di sekeliling aku. Sekali-sekala aku berfikir juga tentang perangai diri aku sendiri. Memang betul zaman sekarang ni ramai manusia yang lupa untuk bersyukur. Diorang ni memang lupa atau memang tak tahu nak bersyukur?
Sebagai Manusia, kita sepatutnya tak lupa mensyukuri nikmat yang diberikan kepada kita. Ini kerana tanpa nikmat yang kita dapat tu kita akan hidup susah. Cuba lihat nasib sesetengah manusia? Ada yang hidup yang lebih teruk daripada kita. Tanpa perlindungan, tanpa makanan, tanpa kemewahan, dan banyak lagi. Jadi, janganlah sesekali kita lupa akan asal-usul diri kita dan sentiasalah bersyukur dengan kehidupan kita sekarang ni.
Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Kami akan menambah (nikmat) kepadamu.”(Surah Ibrahim 14:7)
Ada sesetengah orang yang merasakan dirinya dah cukup hebat dan cukup besar. Perlukah kita bersikap riak sebegitu? Sedangkan kita hanyalah hamba Pencipta yang kecil sahaja. Dengan sikap riak tu, manusia senang menjadi lupa tentang asal-asulnya. Ada kalanya ia bakal mendorong seseorang it untuk melakukan perbuatan yang dilarang. Mana taknya, kalau dah rasa diri tu begitu hebat, tentu diorang akan rasa apa sahaja yang diorang lakukan tu dah cukup bagus dan tak salah. Jadi, sebelum korang nak lakukan apa sahaja, korang sepatutnya berfikir dengan lebih panjang. janganlah suka bertindak melulu dan mengikut nafsu sahaja.
Rasulullah SAW dalam sabda bermaksud:
“Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: “Apakah yang dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak.” (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Baihaqi)
Kematangan dalam berfikir adalah perkara paling penting untuk seseorang itu mengatur kehidupannya menjadi lebih baik lagi. Bila korang banyak berfikir dan berfikir secara adil, seseorang itu akan dapat melihat dirinya sendiri. Dengan itu dia akan ersedar bahawa betapa kecilnya dia jika nak dibandingkan dengan Yang Pencipta. Jika kita berfikir dengan bijak, hidup kita bakal teratur dan tenang sentiasa.

Subscribe to:
Posts (Atom)