Nasib.
"Kenapa Tuhan bagi pilihan yang susah-susah dan tak best?"
"Sebab Dia sayang"
"Tapi susah sangat. Aku mungkin dah ada semua tapi aku cuma tak ada satu"
"Yang tak ada satu itulah untuk buat supaya kau selalu ingat Dia. Kalau kau ada semua, kau rasa?"
Nasib kita lain-lain. Selama mana aku menjadi seorang pemerhati ni, hidup bukan semata-mata tentang hendak hidup bahagia sampai bila-bila. Kita semua akan di duga. Dah mati pun kena duga juga cuma kita dah mati. Orang yang masih hidup dan nampak dugaan masa kita dah mati itu yang akan bercerita dan jadikan pengajaran.
Ramai orang ceritakan masalah yang mereka ada pada aku. Aku jadikan setiap cerita mereka sebagai persediaan masa akan datang. Sekurang-kurangnya, daripada dugaan orang lain itu aku dah boleh fikir apa aku nak buat nanti kalau-kalau aku kena macam tu. Walaupun tak semestinya kisah sama but at least, kau pernah fikirkan hal itu.
Orang kata, fikir negatif ni tak bagus. Tapi aku rasa, bagus. Sebab kau dah bersedia. Bersedia kalau kejadian tu kena hempuk kat kepala kau. Mungkin kau lebih relaks dan cool bila kejadian tu berlaku dan kau boleh redha dengan cepat. Perasaannya lebih kurang "Aku dah agak dah"
Kalau kau fikir yang positif saja, bila kejadian tu terjadi berkemungkinan besar jantung kau akan berhenti sekejap. Lepastu kau meroyan-meroyan-meroyan, hempas set pinggan mangkuk kau sebab kau sangat tak percaya dengan apa yang berlaku. Persediaan untuk kau hadapi tu, zero. Yela, sebab kau sentiasa rasa happy, rasa semuanya dah complete. Apa lagi yang jiwa raga kau mahu, kan? Ceh.
No comments:
Post a Comment