Aku?
Aku bukan sesiapa..
Aku adalah aku..
Aku tak sempurna..
Aku juga ada kelemahan dan kekurangan macam orang lain..
Tapi..
Aku sentiasa cuba sehabis baik untuk cuba jadi sempurna..
Aku sentiasa mencari kekuatan dan kelebihan dalam diri bagi memuaskan diri sendiri dan juga orang sekeliling aku..
Aku tak minta orang agar terima aku 100%..but atleast cuba la bagi aku peluang..satu peluang sudah memadai bagi aku..Aku akan cuba sebaik mungkin.
Aku tak pernah pandang rendah pada orang lain, malahan aku sentiasa support orang. Sebab aku tak nak orang lain pun pandang rendah pada aku. Macam mana aku perlukan sokongan orang lain, macam tue juga la orang lain perlukan sokongan dari aku.
Kita sebenarnya saling memerlukan antara satu dengan yang lain tapi kita ego..tak nak mengaku yang kita perlukan orang lain di sisi kita untuk sokong kita.
Kalau la kita dapat buang ego kita, Insha'Allah urusan kita akan lebih mudah.
Tak percaya? Try la sekali kita mengalah..mengalah tak bermakna kita kalah. Mengalah kerana kita yakin pada ketentuan Allah.
No comments:
Post a Comment