Tuesday, 10 March 2015

Petua menjadi pelajar cemerlang

35 Petua Pelajar Cemerlang

Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:
Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:kita ingat 10 % apayang dibacakita ingat 20% apa yang didengarkita ingat 50 % apa yang didengar & dilihatkita ingat 70% apa yang dicakapkankita ingat 90% setelah dipraktikkanBelajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).

...Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya....

Belajar dalam persekitaran kondusif.pastikan cahaya adalah terangkurangkan gangguan bunyitampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajartampal gambar-gambar yang menenangkan fikirankerusi dan meja menghadap kiblatjangan lupa untuk senyumTidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.Tahu teknik merangsang memori:memasukkan maklumat dalam memori (registration)menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)mengingat kembali (recall)menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)Sentiasa awal dan mendahului:persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.Mempunyai teknik membaca yang betul:duduk dengan tegak & bernafas dengan betulmemberikan tumpuan sepanuhnyamenggunakan jari telunjuk untuk membacamenyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaanSentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.Mengulang kaji apabila mulai terlupa.Tahu petua mengulang kajicari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kitasiapkan semua 'bekalan' dengan sempurnaduduk tegak dikerusi yang selesabaca doa penerang hatibaca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betulfikir dan ingat kembali isi utamacatat/lakarsemak semula ketepatan maklumatulang sebut atau ceritakan pada orang lainbuat rumusanjawab soalantampal maklumat yang rumit di dindingbaca doa tanda kesyukuran selepas belajarTahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.Tahu petua-petua agar tidak lupa:jangan makan kepala ikanjangan makan organ dalamanjangan minum semasa makanjangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semutjangan melihat kemaluanjangan melihat buihjangan membaca nama pada batu nisanbanyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lainbanyakkan makan kismis, kurma dan madubanyakkan makan kekacangpakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaanjangan makan sehingga terlalu kenyangjangan kencing berdiriTahu kemahiran mengingat:tampal nota-nota penting di dindingtukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajahgunakan kaedah akronimreka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingatpecahkan maklumat kepada kumpulan kecilCekap mengatur jadual belajar:mempunyai jadual belajarpatuh kepada jadualbuat jadual yang boleh diikutiTidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).Pelbagaikan tempat belajar.Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak fahamMenjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.Ciri-ciri pelajar cemerlang:taat kepada Allahmendirikan sembahyangmenghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan merekahormati & sayangi gurubersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajarimembantu rakan yang memerlukanberdoa dan bersyukur kepada Allahsentiasa bertawakalmahir dalam setiap mata pelajaranKita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat. :)

No comments:

Post a Comment